Lelaki Mengaku Disuntik Vaksin 16 Kali, Dibayar Hingga RM200 Setiap Suntikan

Entertainment
23 Dec 2021 • 10:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Secara normalnya, kita digalakkan untuk mengambil dua dos suntikan vaksin demi mengurangkan risiko terkena penyakit Covid-19. Hanya baru-baru ini saja kita diperlukan untuk menambah dos penggalak akibat mutasi virus tersebut yang semakin kuat.

Namun, di Sulawesi Selatan, Indonesia, lain pula ceritanya apabila seorang lelaki mendakwa dirinya sudah menerima suntikan vaksin sebanyak 16 kali. Tidak cukup dengan itu, dia juga mengaku menerima bayaran dari 100,000 hingga 800,000 rupiah (RM29-RM235) untuk satu vaksin.

Lelaki tersebut, dikenali dengan nama Abdul Rahim, membuat pengakuan tersebut melalui sebuah klip yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Abdul Rohim, 49, dikatakan berasal dari Bengnge, Kecamatan Watang Sawitti, Pinrang dan bekerja sebagai buruh bangunan. Menurut kenyataannya, dia dikatakan sudah menerima 14 suntikan untuk orang yang berbeza.

Sehubungan dengan itu, Detektif Jenayah Polis Pinrang Deki Marizaldi memaklumkan bahawa pihaknya masih lagi dalam usaha mengumpulkan maklumat berkenaan pengakuan tersebut. Pihaknya juga dikatakan sudah merujuk dengan Pasukan Covid-19 Pinrang.

“Kami masih melakukan pemantauan. Kami sedang mengenal pasti siapa dan apa motif Abdul Rahim mengatakan demikian,” jelas Deki.

Berdasarkan maklumat awal yang disebarkan, Abdul Rahim dikatakan mempunyai masalah jiwa.

“The real duta vaksin!” – Netizen

Melalui perkongsian dari Instagram Fakta Indo itu, rata-rata netizen juga garu kepala dengan pengakuan itu. Ada yang tak sangka rupanya vaksin Covid-19 juga mempunyai ‘joki’ sendiri, dan ada juga yang berseloroh, bertanya jika lelaki itu mempunyai kuasa luar biasa sekarang.

image is not available

Jika betul dia ada masalah jiwa, semoga dia dipantau dengan baik lepas ni. Ramai dah orang confused sebab dia ni.

Sumber: Instagram dan Utusan

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.