“2 Minit Je Saya Duduk” – Rider Kongsi Cerita Sebenar, Dakwa Dah Setengah Jam Kena Sidai?

17 Dec 2021 • 1:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kecoh di media sosial video pergaduhan membabitkan seorang penghantar makanan dan beberapa orang staf restoran.

Dalam rakaman itu, rider didakwa diminta untuk menyemak nombor pesanan. Rider juga ditegur kerana duduk melepak.

Di TikTok, seorang lelaki telah berkongsi penjelasan daripada tuan punya badan sendiri. Menurut rider berkenaan, dia telah sampai ke restoran dalam pukul 8.40 malam dan menunggu selama 30 minit untuk makanan disiapkan.

Selepas order siap, dia mendakwa hanya duduk sebentar selama dua minit. Perkara itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati peniaga. Peniaga mendakwa rider duduk melepak dan tidak hantar pesanan pelanggan.

Lelaki ini mendakwa lagi ketika itu dia sudah menekan ‘pick up’ di sistem dan bersedia untuk dihantar kepada pelanggan.

image is not available

Difahamkan, lelaki ini telah membuat laporan di balai polis berkenaan isu pergaduhan dengan peniaga restoran tersebut. Apa-apa pun diharapkan isu dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: TikTok @khuzaimie_lemat1.0

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.