Tular Video Rider Gaduh Dengan Peniaga, Ramai Pertikai Kenapa Tak Boleh Lepak?

17 Dec 2021 • 11:03 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang penghantar makanan (rider) bertikam lidah dengan peniaga kedai.

Kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah restoran di Setia Alam itu kecoh selepas masing-masing meninggikan suara.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat rider yang berada di atas motosikal didatangi staf restoran sambil marah-marah. Nasib baiklah ada dua orang lelaki yang cuba menenangkan pergaduhan daripada menjadi lebih besar.

Dalam video pergaduhan itu, difahamkan peniaga meminta rider tersebut memeriksa nombor pesanan. Kemudian rider ditegur duduk melepak dan bersembang.

Rider yang tidak berpuas hati mempersoalkan mengapa dia tidak boleh duduk ‘melepak’ namun peniaga memberi alasan bimbang pelanggan ‘complaint’ apabila pesanan lambat dihantar.

@pejualsimkad

perniaga nie baru on tab ke..atau dia tak paham sistem? paling aku tak paham kenapa rider tue nak lepak tak boleh?

♬ original sound – Fadli Ahmad

Perkongsian video yang dibuat pengguna TikTok Fadli Ahmad itu telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Rata-rata memberi sokongan kepada penghantar makanan dan berpendapat tidak salahnya sekiranya rider duduk berehat seketika.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok Fadli Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.