Moto Edge S30 5G Dilancarkan Dengan Skrin 144Hz, Snapdragon 888+, Kamera 108MP

TechnologyDigital
10 Dec 2021 • 10:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Seiring pengenalan Moto Edge X30, terdapat sebuah lagi model yang turut diumumkan oleh Motorola. Dikenali sebagai Moto Edge S30 5G, ia merupakan peranti dengan janaan cip Snapdragon 888+. Ia juga dilengkapi rekaan serba baharu bersama beberapa ciri lain yang membuatkannya berada dalam kelas yang tersendiri.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, ia hadir dengan skrin berukuran 6.8-inci LCD FHD+ bersama kadar segar semula 144Hz. Ia turut menyokong beberapa ciri tambahan seperti persijilan HDR dan SGS untuk pelindungan mata. Bersama-sama dengan Snapdragon 888+, ia turut dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB.

image is not available

Seterusnya, sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 108MP (utama) + 13MP (sudut-lebar) + 2MP (kedalaman) dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – menjalankan MyUI 3.0 berasaskan Android 11, rangkaian 5G terbina, bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W, pengimbas cap jari sisi dan sebagainya.

image is not available

Untuk harga, Moto Edge S30 dijual bermula RMB1999 (~RM1,325) dan boleh didapati dalam beberapa pilihan warna seperti Phantom Black serta Glacier Blue. Peranti ini akan mula ditawarkan di China bermula 12 Disember dan besar kemungkinan ia dikenali sebagai Moto G200 untuk pasaran luar.