Honor: Cip Snapdragon 778G Boleh Mencapai Sehebat Snapdragon 888 Jika Bijak Ditala

TechnologyDigital
2 Dec 2021 • 6:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sedang pengeluar peranti sedang sibuk dengan cip Snapdrgaon baharu, Honor dengan sealmba melancarkan peranti baharu dengan cip “lama”. Kali ini Honor memilih Snapdragon 778G+, iaitu kemaskini kepada Snapdragon 778G.

Zhao Ming selaku CEO Honor, turut menyatakan yang Honor adalah di antara pengeluar menala Snapdragon 778G dengan baik mencapai tahap optimum. Pengeluar lain tidak, itu yang membuatkan peranti mereka dengan cip sama tidak setanding dengan Honor 50.

image is not available

Begitu juga dengan Honor 60, penggunaan 778G+ – binaan 6nm, empat-reras Cortex-A78 sehingga 2.5GHz, dan mempunyai 4% CPU dan 7% CPU peningkatan kuasa. Cip ini juga jika dimanfaatkan ke tahap maksimum sudah berbaloi dan memadai.

Dengan kepakaran Honor dalam menala cip pemprosesan, ia membuatkan mereka tidak perlu berebut cip lain seperti pesaing. Hanya fokus kepada satu dan cuba sebaik mungkin tawarkan apa yang pesaing tidak mampu.