Viral Jemaah ‘Mengamuk’ Kena Tunggu 5 Jam Di KLIA, Rupanya Sebab Tak Cukup Kaunter

31 Dec 2021 • 10:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas telah tular di media sosial tentang video jemaah umrah berang kerana terpaksa tunggu selama lima jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tidak hanya berdiam diri, Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) berkata punca kejadian yang melibatkan kira-kira 500 jemaah umrah yang pulang ke Malaysia adalah disebabkan kekurangan kaunter.

Menurut Sinar Harian, tidak banyak kaunter yang dibuka untuk urusan pemakaian peranti pengesan digital bagi mereka yang tiba selepas pulang dari menunaikan umrah di Tanah Suci. Namun disebabkan kejadian tersebut, pihak KKM membuat keputusan dengan mewajibkan mereka memakai gelang pink.

image is not available

“Dan saya telah maklumkan sehingga syarikat yang mengendalikan pemakaian peranti pengesanan digital tidak dapat buka kaunter dengan cepat, jadi kita masih lagi akan gunakan gelang pink” – KJ

Ujarnya lagi, penambahan kaunter akan segera dibuka bermula semalam dan juga hari ini untuk memudahkan urusan para jemaah umrah yang baru pulang untuk dipakaikan peranti pengesan digital itu tanpa perlu menunggu lama.

image is not available

Keputusan pemakaian peranti pengesan digital dibuat untuk para jemaah adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana kes Covid-19 yang melibatkan varian Omicron di negara kita kebanyakannya dari jemaah yang pulang dari Mekah.

Penjelasan dari Khairy itu dibuat semasa beliau menghadiri satu temubual khas yang bersiaran secara maya di Facebook Umno pada Khamis.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.