
Kota Kinabalu: Tiga pemain baharu Sabah FC hanya akan tiba pada tahun baharu untuk menyertai sesi latihan pasukan yang baru bermula di padang sintetik Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Isnin lalu.
Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata Baddrol Bakhtiar, Dominic Tan dan Rizal Ghazali yang terlibat dalam kejohanan Piala AFF Suzuki baru-baru ini di Singapura diberi tempoh rehat lebih panjang.



