Kastam Jumpa Dadah Seberat 18kg Disorok Dalam Tayar Basikal Budak!

31 Dec 2021 • 3:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes penyeludupan dan pengedaran dadah ni macam tak akan habis sampai bila-bila. Walaupun dah banyak sindiket yang ditumpaskan, kartel-kartel dadah ni ada je cara nak menyeludup.

Macam baru-baru ni, Jabatan Kastam Pulau Pinang berjaya menumpaskan cubaan bagi menyeludup dadah menggunakan perkhidmatan kurier.

Pihak polis telah merampas dadah jenis syabu seberat 1.8kg bernilai RM1.8 juta yang cuba disorokkan di dalam tayar basikal kanak-kanak.

Menurut Bernama, penemuan ini berlaku ketika serbuan dibuat di syarikat kurier bertempat di Pusat Perniagaan Raja Uda di Pulau Pinang.

Pengarah Kastam Abdul Halim Ramli berkata, serbuan yang dibuat oleh Unit Narkotik Jabatan Kastam ini telah merampas 10 kotak parcel yang dikirim dari Ocenia untuk dihantar ke satu alamat di Pulau Pinang.

image is not available

Hasil pemeriksaan awal terhadap salah satu kotak parcel mendapati ia mengandungi rangka basikal kanak-kanak bersama tayar dan rim sebelum kesemua kotak terbabit dibawa pulang ke Pejabat Unit Narkotik di Kampong Kastam, Bagan Jermal untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan menyeluruh menemukan 104 bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi hablur kristal dadah disyaki syabu dalam tayar basikal.”

Bagaimanapun, masih belum ada tangkapan dibuat setakat ini dan pihaknya kini sedang mengenalpasti alamat dan pemilik parcel tersebut dan akan menyemak maklumat penghantar yang dikatakan menggunakan dokumen syarikat pengedar basikal.

Ada je cara dorang ni tau!

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.