Selesa Tinggal Dengan Keluarga Angkat, Anak Lelaki Hilang 14 Tahun Tidak Mahu Kembali Bersama Keluarga Kandung

Entertainment
10 Dec 2021 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kegembiraan ibu bapa selepas dapat berjumpa dengan anak lelaki mereka yang telah hilang kerana diculik 14 tahun lalu hanyalah seketika kerana anak mereka enggan pulang ke pangkuan keluarga kandung.

Bapanya, Sun Haiyang yang berasal dari Hubei terpaksa menangguh harap selepas anaknya, Sun Zhuo yang kini berusia 18 tahun mahu tinggal bersama keluarga angkatnya.

Selepas bertemu semula dengan anak lelakinya itu, Haiyang dan juga isterinya iaitu Peng Siying menangis teresak-esak kerana terlalu rindu dan enggan melepaskan pelukan dengan anak mereka.

image is not available

Menurut K! Online, Sun Zhuo yang hilang semasa berusia empat tahun diculik pada 9 Oktober 2007 oleh seorang lelaki yang menawarkan mainan dan makanan ringan kepadanya. Penculikan itu dipercayai berlaku di Shenzhen.

Sun Zhou turut meluahkan rasa serba salahnya kerana menolak untuk kembali tinggal bersama keluarga kandungnya selepas selesa hidup bersama dengan keluarga angkatnya ketika ini.

“Saya mempunyai rumah baharu sekarang, tetapi mereka berempat adalah ibu bapa saya” – Sun Zhuo

Sebelum ini, ibu bapa Sun Zhuo itu telah melakukan pelbagai cara sebagai usaha untuk bertemu kembali dengannya. Malah sanggup untuk menjual hartanya sebagai ganjaran bagi sesiapa yang berjaya jumpa anaknya.

Kisah sedih keluarga itu pernah diadaptasikan menjadi filem yang bertajuk ‘Dearest’ oleh pengarah dari Hong Kong, Peter Chen dan hasil dari itu, filem tersebut pernah mendapat anugerah ‘box office’ pada tahun 2014.

image is not available

Haiyang dan isteri juga mempunyai seorang lagi anak yang kini berusia lapan tahun namun anak bongsunya itu tidak pernah tahu tentang abangnya sebelum ini. Pertemuan mereka sekeluarga dapat ditunaikan atas kerjasama dari polis di Guangdong, Shandong dan Hubei.

Selain dari Sun Zhuo, terdapat dua lagi kanak-kanak yang diculik pada ketika itu iaitu Fu dan Yang manakala sembilan suspek telah ditangkap berhubung penculikan itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.