WhatsApp Kini Menguji Penghantaran Wang Terus Melalui Aplikasi Di AS – Menggunakan Novi

TechnologyDigital
9 Dec 2021 • 6:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

WhatsApp kini telah memulakan ujian di Amerika Syarikat melibatkan segelintir kecil pengguna, membolehkan pengguna menghantar dan menerima wang daripada rakan-rakan dengan semudah menghantar mesej teks.

Untuk ujian kali ini, WhatsApp meenggunakan integrasi Novi untuk sokongan kewangan – berbeza dengan ujian yang dilakukan di India yang memerlukan pengesahan pihak kewangan.

image is not available

Novi merupakan salah satu projek memfokuskan memudahkan pengguna menghantar dan menerima wang yang diterajui oleh Facebook. Selepas sekian lama tergendala, ia kini dilihat telah memulakan fasa ujiannya.

Daripada perkongsian paparan skrin, ia dilihat wang pengguna akan diubah kepada “USDP” untuk memudahkan proises penghantaran dan penerimaan. Pelbagai transaksi juga dilakukan terus melalui aplikasi WhatsApp, tanpa meninggalkannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan memperluaskan ujian ini ke negara-negara lain.