“Bukan kepala air” – Polis Sahkah Video Viral Lata Berangin Hanya ‘Perkara Biasa’ Ketika Hujan Lebat

31 Dec 2021 • 2:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular video di TikTok menunjukkan air deras yang berlaku di kawasan air terjun Lata Berangin akibat hujan lebat berterusan.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut telah meluahkan kerisauan mereka bila melihat air tersebut melimpah dan saling memberi peringatan untuk orang-orang Pantai Timur agar bersiap sedia untuk menghadapi banjir.

@mohdadha17

#ditaja air sungai lato berangin mengganas..hk mno duk tepi ii sungai tu pakat beringat lah#ad #ditaja #fyp

♬ bunyi asal – HaaLatoBerangin – HaaLatoBerangin

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superitendan Suzaimi Mohamed mengatakan kejadian tular tersebut bukanlah fenomena kepala air seperti yang dikatakan malah perkara biasa yang berlaku ketika hujan lebat, lapor Malaysiakini.

“Kawasan itu merupakan kawasan air terjun, apabila menerima kadar hujan yang tinggi air akan melimpah dengan lebih banyak berbanding keadaan biasa.

“Ia bukan fenemona kepala air,” katanya.

Suzaimi turut menasihatkan orang ramai untuk tak mendatangkan suasana cemas dan rujuk dulu dengan pihak berkuasa.

Selain itu, Suzaimi turut berkata pihaknya akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan bagi memantau situasi semasa untuk menghadapi keadaan banjir.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.