Markah Penanda Aras Menunjukkan Snapdragon 8 Gen 1 Mampu Bersaing Dengan Apple A15 Bionic

TechnologyDigital
9 Dec 2021 • 8:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun ini Snapdragon 888 tidak mampu memberikan persaingan kepada Apple A14 Bionic dengan cip keluaran Apple dengan mudah mencatatkan skor lebih tinggi dalam pelbagai ujian penanda aras. Dari segi penggunaan harian juga dapat dilihat iPhone dapat menjalankan permua berat seperti Genshin Impact dan COD Mobile dengan lebih lancar. Tetapi bagaimana pula dengan prestasi cip terkini Snapdragon 8 Gen 1?

image is not available

Menurut ciapan Ice Universe, tahun ini akhirnya Snapdragon 8 Gen 1 mampu memberikan persaingan kepada A15 Bionic. Dalam tangkapan layar beberapa ujian GPU yang telah dilakukan, markah yang dicatatkan Snapdragon 8 Gen 1 tidak terlalu jauh dan ada juga yang memintas Apple A15 Bionic. Perbezaan markah kini tidak lagi besar menunjukkan jurang prestasi GPU yang semakin kecil.

image is not available

Sungguhpun begitu seperti anda semua pastinya sedia maklum, ujian penanda aras bukanlah kayu pengukur sebenar prestasi dunia sebenar. Prestasi boleh berkurangan kerana suhu dan hanya selepas peranti berada di dalam tangan kita dapat mengetahui sama ada prestasi penggunaan masa lebih panjang Snapdragon 8 Gen 1 benar-benar setanding dengan A15 Bionic.