Snapdragon 8 Gen 1 atasi Bionic A15 dalam jabatan GPU, tapi gagal di CPU

Digital
9 Dec 2021 • 2:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Snapdragon 8 Gen 1 bakal menemui pengguna dalam sejumlah peranti flagship tahun 2022. Cip ini adalah saingan secara langsung terhadap Apple Bionic A15 yang memperkasakan siri iPhone 13 sekarang. Maklumat terbaru yang ada di Internet menunjukkan yang telah ada orang menjalankan ujian penanda aras menggunakan telefon rujukan Qualcomm dan membandingkannya dengan skor penanda aras iPhone 13 Pro.

Berikut adalah hasilnya.

Anda boleh perhatikan yang CPU Snapdragon 8 Gen 1 masih gagal memintas Bionic A15, baik pada sudut ekateras mahupun multiteras. Namun, senario berbeza dilihat dalam ujian penanda aras dalam kategori 3D apabila Snapdragon menyapu rata banyak ujian menanda aras dengan perbezaan sehingga 69%.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa yang dibandingkan dengan iPhone 13 Pro adalah telefon rujukan, dan bukannya set komersial. Keputusannya mungkin berbeza bila pengeluar-pengeluar telefon sebenar mengeluarkan telefon masing-masing nanti.

Bacaan berkaitan