“2 lagi dijangkiti” – Lepas Suga, Big Hit Sahkan RM & Jin Pula Positif COVID-19

Entertainment
26 Dec 2021 • 1:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas Suga, dua lagi ahli kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS disahkan positif virus COVID-19 pada Sabtu lalu selepas pulang dari Amerika Syarikat baru-baru ini.

image is not available

Menerusi kenyataan yang disahkan sendiri oleh agensi pengurusan BTS, Big Hit Music, kali ini, ahli bernama RM, 27, dan Jin, 29, pula disahkan dijangkiti COVID-19 hanya sehari selepas salah seorang ahli kumpulan mereka, Suga atau nama penuhnya, Min Yoon-gi positif wabak sama.

Dalam kenyataan sama, Big Hit Music berkata, RM atau nama penuhnya, Kim Nam-joon dan Jin atau namanya Kim Seok-jin dan Suga sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 pada Ogos lalu.

Untuk pengetahuan, kumpulan gergasi K-Pop itu baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat selepas melakukan konsert yang pertama kali dilakukan semenjak tahun 2019.

image is not available

Pada mulanya, RM dan Jin disahkan negatif virus berbahaya itu pada awal bulan lalu. Bagaimanapun, RM yang juga ketua kumpulan yang dianggotai tujuh ahli itu disahkan positif semasa beliau sedang bersedia untuk menamatkan kuarantin mandatori.

Pun begitu, seperti Suga, RM juga tidak menunjukkan sebarang simptom wabak terbabit.

Sementara itu, Jin pula disahkan negatif COVID-19 selepas melakukan ujian buat kali kedua. Walau bagaimanapun, beliau mula menunjukkan simptom-simptom tidak berbahaya wabak sebelum disahkan positif.

“RM dan Jin masing-masing tidak berhubungan dengan mana-mana ahli kumpulan lain selepas pulang ke Korea Selatan,” ulas Big Hit Music lagi.

image is not available

Semalam, Lobak Merah ada melaporkan ahli BTS, Suga disahkan positif wabak COVID-19. Beliau disahkan positif sejurus pulang daripada Amerika Syarikat dan telah menjalani kuarantin kendiri.

Sumber: The Star

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.