“Seram tengok” – [VIDEO] Netizen Risau Tengok Kepala Air Mengganas Di Lata Berangin, Kuala Krai

30 Dec 2021 • 1:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Macam yang korang sedia maklum, musim tengkujuh yang mengakibatkan hujan berterusan sedang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur dan utara Sabah.

Ekoran ini, akan ada banyak fenomena kepala air dan bencana banjir yang bakal melanda negeri-negeri yang terlibat.

Dikatakan juga, hujan berterusan telah berlaku di beberapa daerah di Kelantan dan baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah kongsikan video live pagi tadi menunjukkan kepala air yang sedang mengganas di Lata Berangin, Kuala Krai.

Dalam video dekat bawah ni, korang boleh tengok air di tempat peranginan ini turun dengan deras dan hampir melimpah ke tepi jalan diikuti  hujan lebat.

@mohdadha17

#ditaja air sungai lato berangin mengganas..hk mno duk tepi ii sungai tu pakat beringat lah#ad #ditaja #fyp

♬ bunyi asal – HaaLatoBerangin – HaaLatoBerangin

Selain itu, akaun @mohdadha17 turut kongsikan keadaan di sekitar kawasan tersebut yang telah pun mula dinaiki air.

Video kepala air mengganas di Lata Berangin ini telah pun mendapat lebih 500k tontonan walaupun baru dimuat naik beberapa jam lepas.

Rata-rata netizen yang melihat video yang dikongsikan ini telah memberi peringatan kepada orang ramai di Pantai Timur untuk bersiap sedia menghadapi banjir dan berdoa agar urusan mereka dipermudahkan.

image is not available

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi akaun rasmi di Twitter juga turut mengeluarkan amaran hujan berterusan yang kini sedang berlaku di negeri-negari Pantai Timur dan Sabah.

Harap-harapnya dipermudahkan urusan…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.