Huawei Mengacah Rekaan P50 Pocket – Turut Memfokuskan Gaya Hidup

TechnologyDigital
15 Dec 2021 • 6:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei telah mengesahkan yang peranti dengan skrin boleh-lipat mereka dalam bentuk clamshell seakan Samsung Galaxy Z Flip3 adalah Huawei P50 Pocket. Ura-ura mengenai Huawei Mate V nampaknya tidak benar.

Kita sudah tahu yang peranti ini akan menggunakan modul kamera mirip P50 dan peranti akan dilancarkan pada 23 Disember akan datang. Kini Huawei kongsi poster baharu, mendedahkan rekaan panel belakang peranti ini.

image is not available

Peranti ini dilihat menggunakan warna putih dan perak dengan corak 3D berlian di belakang. Bucu peranti dilihat bulat memberi petanda yang rekaan peranti ini mungkin akan benar-benar mirip P50. Seperti Samsung juga, Huawei turut ingin memasarkan peranti ini untuk wanita dan fokus terhadap gaya hidup.

Butiran lain mengenai peranti masih menjadi tanda tanya. Sama-sama kita nantikan kehadirannya akan datang.