Langgar Etika & Integriti Penjawat Awam, JKNJ Siasat Kes Tular Kakitangan Perubatan Curang

23 Dec 2021 • 11:15 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Media sosial baru-baru ini hangat memperkatakan mengenai perkongsian seorang wanita yang mendedahkan suaminya telah berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka.

Dikongsikan sendiri oleh wanita tersebut di Facebook miliknya, isu berkenaan menarik perhatian orang ramai apabila dia mendakwa kedua-dua mereka merupakan petugas di sebuah klinik kesihatan kerajaan yang terletak di sebuah bandar di Johor.

Dia menerusi perkongsian itu turut memuat naik beberapa video sewaktu pertemuannya dengan wanita berkenaan di tempat kerjanya dan sewaktu bersemuka dengan kedua-dua mereka di rumah sewa suaminya.

Namun apa yang menyedihkan apabila si suami akhirnya bertindak melafazkan talak kepada wanita itu di hadapan kekasih hatinya ketika pertemuan berkenaan.

image is not available

Isu ini kemudian menjadi perdebatan hangat di kalangan pengguna media sosial.

Langgar Etika dan Integriti Penjawat Awam mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Terbaharu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memaklumkan isu berkenaan kini dalam siasatan pihak mereka kerana ianya telah melanggar etika dan integriti kakitangan kerajaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu menerusi satu kenyataan berkata JKNJ mengambil maklum tentang isu tersebut dan menganggap ia sebagai satu yang serius kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Sehubungan itu, JKNJ sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut”

JKNK turut pandang berat tindakan pengadu menyebarkannya di media sosial

Tambah Dr Aman lagi, pihaknya turut memandang berat perbuatan isteri kepada pegawai perubatan itu yang berkongsikan masalah rumah tangganya secara terbuka kepada orang ramai di Facebook.

“Di samping itu, JKNJ memandang berat tindakan yang diambil oleh pihak pengadu dalam menyebarkan isu berkenaan di media sosial.

“JKNJ mengingatkan semua kakitangan untuk menggunakan saluran sedia ada dalam jabatan bagi menyampaikan semua isu atau aduan,” katanya di dalam kenyataan berkenaan.