Lelaki cabul anak tiri kena 14 tahun, sebatan

22 Dec 2021 • 10:47 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 42 tahun dipenjara sejumlah 14 tahun dan dikenakan empat sebatan rotan atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya.

Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abd Samad menjatuhkan hukuman kepada lelaki itu selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh pada Selasa.

Bagi tuduhan pertama dan kedua, lelaki itu dipenjara lima tahun dan dikenakan dua sebatan rotan bagi setiap tuduhan.

Dia melakukan kesalahan itu dengan meraba payudara remaja berusia 13 tahun sembilan bulan itu pada pukul 3.30 petang 2 Julai dan 1 pagi 3 Julai di sebuah rumah di sebuah kampung di Ranau.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Disebabkan hubungan antara tertuduh dan mangsa, mahhkamah menjatuhkan hukuman tambahan iaitu penjara dua tahun bagi setiap tuduhan.

Mahkamah memerintah supaya lelaki itu menjalani hukuman penjaranya serentak dari tarikh tangkap pada 10 Julai 2019, bermakna dia hanya berada di penjara selama tujuh tahun.

Lelaki itu juga diperintah untuk menjalani kaunseling selain diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjaranya.

Mahkamah membenarkan permohonan lelaki itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sebatan.

Enam saksi pendakwaan dipanggil semasa perbicaraan, sementara pembelaan hanya memanggil lelaki itu sebagai saksi tunggal pembelaan.

Semasa rayuan, peguam Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman yang mewakili tertuduh, meminta hukuman ringan dan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh tangkap.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Fauzi Acho yang menggantikan DPP Adibah Shaiful Bahri, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan atas sebab ia melibatkan kesalahan berat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.