Dua penganggur didakwa potong kabel elektrik

11 Dec 2021 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dua penganggur lelaki didakwa di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas tuduhan memotong kabel elektrik.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Alvin Abu Bakar, 26, dan Azmin Isah, 23, yang hadir di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles melalui persidangan video.

Alvin dan Azmin dituduh melakkan khianat dengan memotong kabel elektrik di tapak lama SK Pekan Telipok, Manggatal pada pukul 2.30 petang 24 November.

Tuduhan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 Januari untuk pengakuan dua tertuduh itu direkodkan di mahkamah terbuka dan memerintah supaya mereka direman lanjut kerana tidak memiliki dokumen pengenalan.

Sementara itu, dua lagi lelaki didakwa mencuri kabel elektrik sepanjang kira-kira 80 meter, milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Buruh warga Filipina Mustafa Bahijan, 40, dan penganggur Ahadin Kusup, 49, dituduh melakukan kesalahan itu di satu simpang di Restoran Makanan Laut Kg Salut, Jalan Sulaman, Manggatal pada pukul 2 petang 2 Disember.

Tuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada dua tertuduh ini.

Lovely menetapkan 24 Januari untuk pengakuan mereka direkodkan di mahkamah terbuka.

Mustafa diperintah reman kerana tidak mempunyai dokumen sah, sementara Ahadin ditawarkan ikat jamin RM1,200 dengan dua penjamin sementara menunggu tarikh itu. Inspektor Kelvan Elson Maik tampil mendakwa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.