“Orang Saja Sakiti Dia..” – Adibah Noor Kagum Dengan Cara Fazley Yaakob Balas Kecaman

13 Dec 2021 • 7:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi hebat, Adibah Noor meluahkan rasa kagum terhadap cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob membalas komen-komen negatif dari orang ramai mengenai dirinya.

Menerusi sebuah ciapan di Twitter, Adibah berpendapat bahawa Fazley mengubah segala cemuhan serta kecaman yang diterima menjadi kepada aura positif.

image is not available

image is not available

Orang menyakitinya dengan sengaja. Saya tak pernah boleh buat apa yang awak buat abang.

Mengetahui perkara yang dilakukan oleh penyanyi tersebut, Datuk Fazley membalas ciapan itu dengan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut berkata dirinya sentiasa menjadikan Adibah sebagai idolanya serta alasan untuk sering melakukan yang lebih baik setiap hari.

image is not available

Sumber : Twitter 

Terdahulu, pemilik restoran Suka Sucre Bistro ini dikecam teruk oleh netizen di media sosial disebabkan persembahan beliau yang kurang memuaskan sehingga mendapat markah terendah semasa konsert pertama Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Akan tetapi, beliau sendiri menyedari dan akui persembahannya ketika itu bukanlah yang terbaik serta memohon maaf kepada peminat-peminatnya.

image is not available 3 minggu lalu

Tak Kisah Dikecam, Fazley Yaakob Anggap Netizen Peduli Tentang Dirinya