“Semua tukar jadi positif” – Adibah Noor Kagum Cara Fazley Yaakob ‘Layan’ Kutukan Netizen

Entertainment
10 Dec 2021 • 2:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak Gegar Vaganza membuka tirai mereka tiga minggu lalu, ramai yang memberikan pendapat mengenai prestasi Dato’ Fazley Yaakob ketika membuat persembahan.

Beberapa hari lalu, Fazley ada memuat naik beberapa video di Instagram peribadinya membaca dan membalas komen-komen netizen yang menghentam nyanyiannya di media sosial.

“Bangga dengan awak boleh gelak2 baca komen netizen”

Rata-rata netizen di ruangan komen memuji tindakan Fazley yang dilihat tak kecil hati langsung dengan kecaman yang dia terima dari netizen. Teruk-teruk jugak komen orang ni…

image is not available

“Saya tak boleh buat apa yang awak buat”

Bukan hanya netizen yang suka dengan cara Fazley handle komen netizen, menerusi Twitter, pesaingnya di pentas Gegar Vaganza, Adibah Noor turut memuji cara chef ini layan haters dia tau!

Menurut Adibah Noor, dia kagum dengan cara Fazley balas komen kecaman netizen dan tukarkan jadi aura positif.

Adibah Noor turut mengatakan ramai orang sengaja nak menyakiti lelaki itu tanpa mengenalinya terlebih dahulu dan turut akui dia tak boleh buat apa yang Fazley buat.

Membalas ciapan Adibah Noor, Fazley telah mengucapkan terima kasih atas kata-kata dan sokongan dari idolanya itu.

image is not available

Takpelah, Fazley pun nampak setiap minggu makin improve nyanyiannya. Biasalah mulut netizen…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.