“Macam teaser Conjuring” – [VIDEO] Netizen Meremang Tengok Wanita Pakai Veil Hitam Depan ‘Rumah Tinggal’

Entertainment
28 Dec 2021 • 2:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan semua orang berani nak buat photoshoot berunsurkan seram atau mistik di rumah tinggal atau terbengkalai kan? Silap-silap kena kacau naya je.

Namun baru-baru ini, video seorang wanita berpakaian serba hitam sambil dilengkapi veil berwarna hitam telah tular di TikTok.

Video yang dimuat naik dan mendapat tontonan sebanyak lebih 70k itu menunjukkan wanita bernama Neysa ini berjalan dan berdiri dengan vibe menyeramkan sambil ditemani lagu dari filem Insidious.

Menurut wanita ini, dia buat video tersebut selepas beli veil hitam di Shopee dengan harga hanya RM13.50. Kreatif betul.

@neysaassila

I don’t know why I’m buying a veil even tho I’m not going to get married image is not available#fyp #fypmalaysia #ghostchallenge

♬ original sound – neysaassila – neysaassila

Selain itu, wanita ini turut memuat naik video yang sama sambil menggunakan background lagu dari filem Pengabdi Setan selepas mendapat banyak permintaan dari netizen. Uish ni pun seram gak.

@neysaassila

Reply to @ikhwansoo image is not availableimage is not available Without comment! Hopefully ni okay!

♬ original sound – neysaassila – neysaassila

Melalui temubual bersama mStar, Neysa mengatakan lokasi penggambaran yang dibuat ini adalah di Sungai Buloh. Dikatakan, kawasan tersebut adalah rumah-rumah lama bekas pesakit kusta.

Menurutnya lagi, beberapa penduduk di sana mengatakan tempat tersebut keras dan ada juga kaitkan dengan kisah seram namun padanya tempat tersebut dilihat sangat estetik.

Tapi saya tak rasa takut walaupun selalu berjogging di situ pada waktu petang. Bagi saya, tempat tu cukup estetik.

Jujurnya lokasi tu walaupun ada yang kata seram, tapi pemandangan sebenarnya cukup unik dan cantik.”

“Seram tapi cantik”

Rata-rata netizen yang menonton video ini turut mengakui terasa seram dengan video yang dimuat naik oleh Neysa ini. Ada juga yang memuji idea kreatifnya.

image is not available

Min pun love sangat eh konsep sis ni! Kalau dia buat video ni untuk promote veil hitam, confirm ramai yang beli.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.