Tular Video Polis Halang Sambutan Krismas, PDRM Tampil Beri Kenyataan Penafian

27 Dec 2021 • 11:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya tampil menafikan dakwaan mengenai pihaknya telah menghalang sambutan Krismas pada 24 Disember lalu di lokasi tumpuan orang ramai di sekitar ibu kota.

image is not available 4 jam lalu

Tular Video Rina Harun Cuci Simen Yang Dah Bersih, JKM Tampil Beri Kenyataan

Ujar Noor Dellhan, pihak polis telah ambil maklum mengenai satu video berdurasi satu minit 34 saat yang tular di media sosial memaparkan pihak polis dan juga tentera telah bertindak menghalang sambutan krismas pada malam itu.

Ingin menjelaskan bahawa pada malam sambutan Krismas pada Jumaat lalu, IPD Dang Wangi menjalankan penugasan rondaan keselamatan bagi penguatkuasaan pematuhan SOP PPN Fasa 4.

Lapor Harian Metro dan memetik kenyataan Noor Dellhan, aktiviti rondaan itu telah membabitkan bantuan sumber manusia dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bukan pasukan tentera seperti yang dinyatakan dalam video itu.

Pasukan pematuhan dan rondaan itu dilaporkan telah digerakkan ke lokasi tertentu yang menjadi tumpuan orang ramai bagi mencegah sebarang aktiviti yang dikenal pasti telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan juga penjarakan fizikal.

“Justeru itu, orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak COVD-19.” ujar Noor Dellhan tegas.