Luno Kini Mempunyai Lebih 600,000 Pengguna Di Malaysia, Menyimpan RM2 Bilion Aset Digital

TechnologyDigital
9 Dec 2021 • 2:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Luno hari ini berkongsi perkembangan syarikat, mengatakan kini mereka mempunyai lebih 600,000 pengguna di Malaysia. Ia sekaligus memperlihatkan perkembangan sihat syarikat berkenaan, dimana angka pengguna adalah hanya sekitar 180,000 pelanggan pada November 2020 lepas.

Secara keseluruhan Luno mengatakan mereka menyimpan aset digital berjumlah RM2 bilion, yang melibatkan pelbagai kriptowang yang ditawarkan, termasuk Bitcoin, Ethereum, XRP, Litecoin dan Bitcoin Cash.

image is not available

Dari segi pembayaran juga (transaksi melibatkan deposit, pengeluaran dan pembelian), Luno telah memproses sejumlah RM12 bilion pada tahun ini sahaja – sekaligus menyaksikan permintaan ke arena kriptowang ini semakin meningkat dari hari ke hari.

Bergerak ke hadapan juga, Luno sedang melihat dalam memperluaskan lagi pelbagai program dalam mendidik orang ramai berkenaan kriptowang di Malaysia.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved