Tular Video Lelaki Terjun, Tasik Cermin Kini Ditutup Kepada Orang Ramai

13 Dec 2021 • 7:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah video TikTok memperlihatkan seorang lelaki melompat masuk ke dalam tasik terkenal di Ipoh iaitu Tasik Cermin.

Insiden tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati netizen kerana tindakan pemuda berkenaan boleh membuatkan kawasan Geotapak itu ditutup kepada orang ramai.

Ditutup sehingga siasatan kes itu selesai

Terbaharu, apa yang dirisaukan orang awam telah menjadi kenyataan apabila Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin memaklumkan kawasan terkenal itu kini ditutup sehingga siasatan kes itu selesai dijalankan.

Jelas Rumaizi, pembukaan semula untuk kunjungan pelancong akan diumumkan kepada orang ramai kelak.

“Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya dipetik dari Bernama.

image is not available
Tasik Cermin sering menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan alam semula jadinya
Foto : TRP / Siti Murni

Identiti pelaku dalam siasatan

Menurut beliau identiti pelaku yang terjun ke dalam tasik berkenaan masih lagi dalam siasatan dan tindakan akan dikenakan mengikut undang-undang pihak berkuasa tempatan yang bersesuaian.

Tasik Cermin yang  diletakkan di bawah Geopark Kebangsaan Lembah Kinta, sememangnya adalah sebuah kawasan larangan untuk mandi manda.

Ia perlu dipelihara bagi mengelakkan statusnya sebagai salah satu dari 18 Geotapak yang diwartakan dalam Geopark Kebangsaan Lembah Kinta ditarik semula.

Sekadar info, tempat tumpuan peancong itu sebelum ini pernah ditutup kepada pengunjung pada Mac tahun lalu atas faktor keselamatan.