“Kenapa tak keluar kenyataan secara rasmi” – Fauzi Nawawi Syak Kena ‘Banned’ Stesen TV Ekoran Isu Lawak Rogol?

Entertainment
30 Dec 2021 • 6:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan dengan isu lawak rogol yang pernah menjadi tumpuan netizen sebelum Oktober lalu, pelakon Fauzi Nawawi dapat rasakan bahawa dirinya kena banned.

Lapor mStar, Mohd Fauzi Mohd Nawawi menyatakan bahawa dirinya begitu terkilan dengan tindakan stesen TV yang tidak mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa namanya sudah disenarai hitamkan.

Nama saya banyak kali ditolak pihak stesen TV – Fauzi Nawawi

image is not available

Menurutnya, namanya seringkali ditolak olej pihak stesen TV tanpa diberitahu sebab.

“Sejujurnya saya rasa terkilan dan kecewa apabila nama saya banyak kali ditolak pihak stesen TV itu. Sebelum ini, tak pernah pun nama ditolak.”

“Kalau sebab watak tak sesuai, saya faham. Tapi ini nama kena reject tanpa diberitahu apa alasan saya.”

“Kalau betul mereka nak banned saya, kenapa tak keluarkan kenyataan secara rasmi? Sekurang-kurangnya saya boleh buat keputusan untuk masa depan.”

Katanya lagi, seandainya benar namanya disenarai hitam, ia memudahkan dirinya untuk rujuk kepada Komenterian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk ketahui akta mana yang membuatkan namanya digam.

Oleh sebab itu, Fauzi memberitahu bahawa dia kini bawa diri ke Sabah kerana ingin mencari peluang perniagaan demi menampung kehidupan keluarganya.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.