Menyayat Hati, Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dalam Tong Sampah Di Cheras

14 Dec 2021 • 1:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menyayat hati, mayat seorang bayi perempuan cukup sifat dilaporkan telah ditemui di dalam tong sampah di tempat letak kereta bertingkat di sebuah flat di Bandar Tun Razak, Cheras, semalam, seperti dilaporkan Harian Metro.

Bayi yang masih bertali pusat itu telah ditemui pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada sekitar jam 5.50 petang.

image is not available

image is not available

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar.

Polis yang menerima laporan telah ke lokasi dan pemeriksaan mendapati tiada dokumen pengenalan diri pada mayat terbabit.

Maklum Idzam, mayat bayi tersebut telah dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras untuk prosedur bedah siasat.

Pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

Sehingga kini, tiada sebarang tangkapan telah dibuat berkenaan insiden itu.

image is not available 5 jam lalu

Enggan Beratur Panjang Untuk Bayar Saman? Ini Cara Mudah Untuk Anda Cuba!