Viral Video Pelajar Ditumbuk Rakan Dalam Asrama, Netizen Mahu ‘Pembuli’ Diambil Tindakan Segera

10 Dec 2021 • 11:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lagi, lagi kes buli! Ingatkan kes yang menimpa Zulfarhan Osman Zulkarnain yang berlaku beberapa tahun lalu sudah cukup memberi pengajaran buat semua, namun nampaknya gejala buli ini masih lagi berlaku.

Baru-baru ini tular beberapa siri video yang dimuat naik di media sosial memaparkan seorang pelajar asrama telah dikepung oleh ‘rakan-rakannya’ yang kemudian menumbuk perut mangsa sambil tertawa antara satu sama lain, lapor Utusan Online.

image is not available

image is not available

Menerusi video tersebut dapat dilihat mangsa diperlakukan seperti ‘punching bag’ dan berada dalam kesakitan akibat kesan tumbukan tersebut. Allahu kesiannya. 

Walau bagaimanapun, masih tidak diketahui di mana kejadian tersebut berlaku dan apakah nasib pelajar berkenaan yang telah dibuli rakan-rakan seasrama dengannya.

 

“Bagus sangat ke buat macam tu, jangan tunjuk hebat” 

Video berkenaan telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata berasa geram dengan pembuli berkenaan dan bersedih dengan nasib yang menimpa mangsa.

Netizen juga berharap pihak berkuasa dapat menyiasat dan menangkap para pelajar yang terlibat dalam insiden buli ini.

image is not available

Diharapkan pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada pembuli dan semoga perkara ini tidak berulang lagi. 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.