YTL Ingin Menjadi Antara Terawal Memperkenalkan Rangkaian 5G Di Malaysia

TechnologyDigital
14 Dec 2021 • 12:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YTL kini telah menghantar jemputan media, menyasarkan untuk pengenalan rangkaian 5G esok, selari dengan pengenalan rangkaian 5G oleh pihak DNB.

YTL turut mengatakan yang mana mereka akan menjadi syarikat telekomunikasi terbesar yang terawal memperkenalkan rangkaian 5G di Malaysia.

Buat masa ini, antara yang telah mengesahkan pengenalan rangkaian 5G adalah hanya pihak Telekom Malaysia sahaja. Syarikat telekomunikasi besar seperti Celcom, Digi dan Maxis masih senyap dan belum menyatakan sebarang komitmen bersama DNB.

Apa pun, sama-sama kita nantikan esok untuk menyaksikan pelancaran rangkaian 5G di Malaysia.