
Acer ingin mempercepat usaha anda untuk pulih daripada kesan bencana banjir dengan menghulurkan bantuan membaiki gajet-gajet anda. Mereka tawarkan proses baik pulih percuma untuk sebarang produk berjenama Acer, tidak kiralah masih berada dalam tempoh jaminan ataupun tidak.
Lebih menarik, dalam pengumuman tersebut juga, Acer turut mengalu-alukan produk bukan berjenama Acer untuk dibaik pulih tapi dengan sedikit bayaran.

Seandainya barang yang anda hantar tidak boleh diperbaiki, Acer tawarkan pula diskaun 20% untuk pembelian komputer baharu daripada gedung rasmi Acer Malaysia.
Promosi ini berlangsung sehingga 31 Mac 2022. Sekiranya anda ingin menghantar barangan elektronik anda untuk dihantar, anda bolehlah hubungi 1-800-88-1918 ataupun e-mel ke ama-acercare@acer.com.
Sumber: Acer


