[VIDEO] Wanita Kongsi Perubahan Ketara Sebelum & Selepas Mengandung Raih Perhatian Netizen

Entertainment
9 Dec 2021 • 2:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau tanya ibu korang pasal pengalaman masa mengandung, mesti panjang lebar diorang akan explain kan? Ada yang teringin macam-macam lah, ada juga yang berubah fizikal tak macam sebelum mengandung.

Bukan itu saja, setiap anak pasti akan mempunyai pengalaman yang berbeza. Tapi itu semua boleh dikatakan perkara yang normal dilalui oleh mana-mana ibu mengandung.

Namun, lain pula cerita seorang ibu muda yang berkongsikan video di akaun TikTok miliknya tentang perubahan ketara yang berlaku pada dirinya ketika mengandung. Apa yang jadi masa dia pregnant tu?

@dayahdeelly

55 kg to 86 kg , Jerawat satu badan naik muka kembang semangkuk . Keluar seketul 2.38kg je . Omak eh yang berat rupanya . Hahahahaha . Semoga cita cita untuk kembali kepada sediakala tercapai image is not available

♬ Rihanna Umbrella – 𝙎𝙩𝙪𝙣𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘

Ternyata, ibu itu mengalami perubahan fizikal yang ketara di mana berat dirinya meningkat secara mendadak dan juga mengalami pertumbuhan jerawat yang bukan sahaja di wajahnya malah di seluruh badannya.

“55kg to 86kg, Jerawat satu badan naik muka kembang semangkuk. Keluar seketul 2.38kg je. Omak eh yang berat rupanya. Hahahahaha” – Kapsyen video

“Pengorbanan ibu2 jangan buat main tau…”

Di bahagian komen juga boleh dikatakan ‘meriah’ dengan perkongsian pengalaman ibu-ibu yang lain sewaktu mereka mengandung.

image is not available

Tidak ketinggalan, komen-komen yang memuji bahawa ibu-ibu mengandung yang mengalami perubahan ketara masih lagi cantik malah lebih ‘glow up’ selepas melahirkan cahaya mata yang comel.

“Pregnancy is wonderful they said. hehehe. saya paham sis, dah 4 kali pregnant. takpe nanti boleh kembali kepada asal macam before pregnant” – Komen netizen

image is not available

Difahamkan juga, perkongsian video yang lalu di FYP TikTok itu telah mendapat lebih dari 1.9 juta tontonan dan juga 113 ribu likes ketika ini.

Besar dugaan ibu mengandung ni tau… Tapi semua tu cepat je hilang bila nampak anak depan mata… Haa, tunggu apa lagi, pi lah peluk cium ibu korang semua. Hihihi…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.