Musibah banjir yang melanda negara kita kini sudah mendapat liputan daripada pelbagai negara dan sudah pastinya negara-negara jiran juga mengetahui apa yang sedang menimpa negara ini.
Pun begitu, selain daripada menerima kata-kata semangat dan doa dari negara tetangga, baru-baru ini tular isu panas mengatakan netizen di Indonesia telah meninggalkan komen ejekan terhadap musibah yang melanda Malaysia.
“Di saat orang kena bencana, mereka berkata yang aneh-aneh”
Menerusi perkongsian pemuda @alinezad di TikTok, dia berasa kurang senang dengan sikap rakan senegaranya yang meninggalkan komen tidak sensitif berkenaan isu tersebut.
@alinezad Stich with @eimanhkimi , Get well soon #
inshallah everything will be fine. Sending you guys dua from #
#
#indonesia #malaysia #gws
♬ Kamu dan Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda
Malah apabila pengguna TikTok ini menegur sikap para netizen tersebut, dia pula dituduh ‘acah baik’ walhal dia cuma hanya mahu rakan senegara mendoakan yang baik-baik buat rakyat Malaysia.
Tambah lelaki ini lagi, sikap netizen yang sebegitu tidak wajar menjadi ikutan kerana Malaysia juga pernah memberikan bantuan kepada Indonesia semasa banjir 2004 yang lalu.
“Gua respect lu bro, makasih ya!”
Video yang dimuat naik lelaki ini telah mendapat pujian netizen tak kiralah dari Malaysia mahupun Indonesia yang menyokong perkara baik yang dinasihatkan lelaki itu.
Malah ramai juga mengakui tidak semua manusia di kedua-dua buah negara bersikap ‘toksik’ dengan suka mengejek antara satu sama lain. Ramai yang memilih untuk mendoakan dari menghina.

Sebaiknya kita janganlah gaduh-gaduh. Kan kita semua negara serumpun. Saling menyokong antara satu sama lain itu lebih baik.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

![[VIDEO] Reputasi SPRM sudah tercalar: Mujahid](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)