Altimet Turun Padang Tolong Warga Temerloh

31 Dec 2021 • 7:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Altimet. Gambar Fail

Banjir yang berlaku minggu lepas telah menggelamkan beberapa kawasan di Temerloh, Pahang. Rata-rata mangsa menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun. 

Oleh itu sebagai tanda prihatin terhadap mangsa banjir, pemuzik, penerbit dan penulis lirik, Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet telah mengambil langkah untuk mengedarkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada penduduk Kampung Gantok di Temerloh, Pahang.

image is not available
Tangkapan layar Instagram Stories Altimet

“Kami berada di Kampung Gantok, Temerloh. Kita ada bagi barang sikit khas ikhlas daripada orang-orang Selangor kepada saudara-saudara kita di Pahang.

“Kita dapat tahu Selangor sudah menerima banyak bantuan. Justeru itu, kami datang ke Pahang untuk menolong,” kata Altimet menerusi hantaran terbaharunya di akaun Instagram.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Altimet (@altimet)

Altimet turut berkongsi beberapa gambar di Instagram Storiesnya untuk menunjukkan keadaan di kawasan tersebut.

Menurut salah satu hantaran, paras air di Kampung Gantok setakat ini kelihatan surut namun kesan lumpur dilihat masih tebal dan kritikal. 

Altimet berkata dia bakal mengunjungi lokasi tersebut lagi sekali pada 12 Januari 2022 yang akan datang dengan pasukan yang lebih besar. 

Kepada yang ingin membantu, anda boleh menyalurkan dana ke Pertubuhan Gerakan Orang Biasa  (Maybank: 562674242904). – Getaran, 31 Disember 2021