Kalau korang terpaksa hadap situasi cemas, apa yang korang akan grab dulu untuk bawa bila nak selamatkan diri? Min yakin, salah satu benda penting yang korang akan pastikan tak tertinggal adalah phone korang kan?
Tapi, pengecas phone memang jarang untuk orang bawa sekali bila dah panik… Samalah juga dengan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa bertahan berhari-hari tanpa bateri phone yang mencukupi.
Namun, bila dah dilanda bencana, pelbagai idea diluar kotak yang terhasil seperti satu perkongsian posting Facebook menerusi akaun milik Albert Chung yang menunjukkan seorang lelaki berbangsa India menjadikan generator keretanya sebagai pengecas. Bijaknya!
BERFIKIR DI LUAR KOTAKSeorang budak India membawa generator dengan menaiki 4×4 masuk ke kawasan Taman Sri Muda semata…
Posted by Albert Chung on Wednesday, December 22, 2021
Bukan itu sahaja, demi memudahkan orang ramai yang berada di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, lelaki ini datang menggunakan kereta jenis 4×4 dan membuat perkhidmatan itu dengan percuma pula tu! Baiknya hati awak!
“Nak membantu orang, ada banyak cara… Hebat brother ni, ini sebelah khemah kami” – Albert Chung
Perkongsian yang mendapat lebih dari 4 ribu likes dan 9 ribu shares telah menarik perhatian warganet di bahagian komen yang rata-rata memuji effort dan juga pemikiran yang tidak dijangka oleh orang lain.
Betul lah kata orang, kalau mahukan sesuatu tu ibarat hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Memang terbaik idea yang dicetuskan ni, bolehlah mangsa banjir tarik nafas lega untuk hubungi ahli keluarga yang selama ni risaukan keadaan diorang.
Min harap jangan pula ada yang ambil kesempatan ya atas bantuan yang disampaikan… Ingat, yang penting jaga diri walau di mana pun korang berada okay?
Baca: Mark Adam Aktif Bantu Mangsa Banjir Walaupun Rumah Keluarga Di Filipina Hancur Akibat Taufan Rai
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


