Azlee Beri ‘Hint’ Senario Bakal Kembali, Ramai Yang ‘Throwback’ Babak Filem Lama

Entertainment
16 Dec 2021 • 11:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang membesar dengan filem Senario arahan Aziz M. Osman dulu, pasti korang familiar dengan babak legend dari cerita-cerita tu, kan?

Siapa saja tak ingat ketika Wahid menebar roti canai sambil menari rock and roll dalam Lagi Lagi Senario? Dalam filem Senario Lagi pula, siapa boleh lupa babak kejar mengejar antara Wahid dan Azlee di perkampungan estet?

Baru-baru ini, Azlee, salah seorang ahli Senario telah memuat naik sebuah foto di laman Instagram yang mendapat perhatian peminat kumpulan komedi tersebut. Dalam perkongsian itu, Azlee yang berbaju melayu lengkap sedang duduk di atas katil ditemani seorang lagi pelakon wanita, Syanie.

Macam yang kita tahu, pasangan ini merupakan penggerak kepada filem Senario Lagi, di mana mereka melakonkan watak suami dan isteri yang ingin bercuti ke Cherating bersama seorang anak bernama Zali.

Kumpulan Senario bakal buat ‘comeback’

Melalui foto tersebut, Azlee sedikit sebanyak memberi hint bahawa mereka akan kembali dalam filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Jaga Jaga Senariounion. Mereka dikatakan telah memulakan penggambaran selama 3 hari.

Filem itu juga akan dibintangi ahli-ahli Senario lain termasuklah Wahid, Yassin, Saiful Apek, Mazlan Pet Pet. Bukan itu saja, ahli Senario terdahulu iaitu Hamdan dan Ilya juga dikatakan bakal muncul dalam filem tersebut.

Sebelum ini, kumpulan Senario telah membintangi 10 buah filem mereka sendiri yang diarahkan oleh pengarah-pengarah terkenal seperti Aziz M. Osman, Mamat Khalid dan Ahmad Idham.

“Abah, Zali nak kencing”

Perkongsian tersebut kemudiannya tular di laman Twitter, di mana majoriti peminat mula mengimbau babak dari filem Senario Lagi selepas melihat duo itu kembali.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Ada juga yang tertanya-tanya jika pelakon lain seperti Datin Seri Umie Aida dan Mustafa Kamal akan turut membuat penampilan dalam filem baru ini.

image is not availableimage is not available

Tak sabar betul! Agak-agak, Zali pun akan join tak filem ni nanti?

Sumber: Instagram dan Twitter

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.