Mecool Turut Hadir Dengan Dongel Google TV Dengan AV1 – Mecool KD3

TechnologyDigital
28 Dec 2021 • 7:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dongel Android TV bukan sesuatu yang baru. Banyak pengeluar telah hadir dengan dongel tersendiri ataupun kotak set. Tetapi biasanya semua produk ini adalah Android TV, berbeza dengan Chromecast dan Realme yang menggunakan Google TV.

Mecool iaitu antara jenama kotak set Android TV yang popular baru-baru ini turut hadir dengan dongel Google TV tersendiri – Mecool KD3. Ia dijana dengan cip pemprosesan S905Y4, memori 2GB RAM dan 8GB storan dalaman eMMC, paparan HDR10 dan juga penstriman 4K UHD.

image is not available

Berbeza dengan kotak set mereka yang lain yang tidak menyokong Netflix kerana ketiadaan lesen DRM, Mecool KD3 diiktiraf sendiri oleh Netflix dan turut menyokong penstriman AV1 untuk kualiti video tinggi pada penggunaan data rendah.

Ia juga dibina dari bahan binaan plastik untuk mudah ditanggalkan dan kemudian di bawa ke mana sahaja. Alat kawalan jauh turut diberikan dengan fokus kepada Google Assistant, Netflix, YouTube dan juga Google Play. Butang fizikal Google Play inilah yang jarang ditemui.

image is not available

Harga jualan masih belum diumumkan, tetapi ia akan mula dijual pada Januari 2022. Mecool KD3 dilihat mungkin akan bersaing sengit dengan Xiaomi TV Stick 4K. Cuma sayangnya, port pengecasan masih lagi jenis microUSB. Kita juga perlu tunggu harga jualan rasmi nanti untuk tentukan yang mana lebih berbaloi?