“Dia Tak Dididik Dengan Cara Islam Sejak Kecil” – Netizen Risau Tengok Penampilan Terbaru Puteri Balqis

Entertainment
22 Dec 2021 • 2:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Puteri Balqis adalah nama yang tidak asing lagi jika kita mahu bercerita tentang pelakon cilik berbakat. Mutu lakonannya yang hebat dan penghayatan watak yang diberikan memang memberi impak buat penonton.

Namun, sedar tak sedar Balqis yang pernah menang Pelakon Wanita Terbaik di Anurgerah Skrin 2014 itu sudah pun berusia 14 tahun. Bagaimanapun, penampilan terbarunya baru-baru ini mengejutkan ramai selepas dia memuat naik gambar di Instagram.

image is not available

Menurut Kosmo, Balqis kini tampak lebih berbeza dan menerusi gambar tersebut dia dilihat menggayakan skirt pendek berserta stokin panjang berwarna hitam dihiasi corak tengkorak.

Stokin tersebut merupakan material ‘net’ dan menampakkan separuh bahagian paha serta betisnya dengan fesyen ala ‘gothic’ itu. Balqis bagaimanapun menutup ruangan komen di Instagram dan berdasarkan posting yang lain di Instagram, ada yang membuat spekulasi dia seolah-olah menyimpan rahsia daripada pengetahuan umum.

Menerusi video dimuat naik seorang pengguna akaun TikTok, ramai dilihat terkejut dengan penampilan terbaru Balqis dan ada yang turut mendoakan agar dia diberi hidayah satu hari nanti.

image is not available

Selain itu, kami sediakan berita trending tentang selebriti hiburan tanah air untuk anda baca.

image is not available 1 hari lalu

"Haritu Masa Ikut Ebit Lew Cakap Taknak Sentuh Perempuan Lagi"