“Nasib baik driver alert” – [VIDEO] Tiba-tiba Lari Lintas Jalan, Kanak-kanak Nyaris Dilanggar Kereta

Entertainment
28 Dec 2021 • 12:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kita semua tahu jalan raya bukanlah tempat yang selamat untuk kanak-kanak. Lebih-lebih lagi untuk yang masih tak tahu cara melintas jalan dengan selamat. Bukan sahaja ibu bapa yang risau dengan keselamatan anak, pemandu kereta pun takut.

Seperti baru-baru ni, tular satu video di Twitter memaparkan rakaman dashcam dari sebuah kereta di mana pemandunya nyaris terlanggar seorang kanak-kanak lelaki.

Rakaman tersebut menunjukkan kereta yang dipandu perlahan ini sedang melalui satu jalan yang dipenuhi kereta di bahu jalan sebelah kanan dan kiri sebelum tiba-tiba seorang budak berlari melintas jalan di hadapannya.

Kalau korang tengok video dekat atas ni, pemandu tersebut berjaya memberhentikan keretanya daripada melanggar kanak-kanak tersebut. Nasib baik, sikit lagi nak kena langgar.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut berlari melintas jalan untuk pergi ke arah lelaki dipercayai bapanya yang berada di seberang jalan.

Dapat dilihat juga, seorang penunggang motosikal dari arah bertentangan telah memberitahu lelaki tersebut tentang apa yang berlaku sebelum lelaki di tepi jalan mengangkat tangan ke arah pemandu kereta.

“Nak tercabut jantung aku”

Rata-rata netizen yang menonton rakaman ini meluahkan rasa ‘seriau’ dorang bila melihat kanak-kanak ini nyaris dilanggar kereta.

image is not available

Ada juga netizen yang kongsikan pengalaman dorang yang hampir sama seperti kejadian ini.

image is not available

Allah, nasib baik budak tu selamat. Parents, please tengok sikit anak-anak, kadang-kadang ada driver yang bawa laju, ada jugak yang tengok phone tak sempat nak brek. Malang tak berbau kan…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.