Viral Video Tak Patuh SOP, Polis ‘Buru’ Tetamu Di Majlis Perkahwinan Selebriti Terkenal

Entertainment
28 Dec 2021 • 1:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, viral satu video majlis perkahwinan selebriti terkenal di Genting Highlands, susulan dengan kemeriahan majlis tersebut Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong  telah membuka kertas siasatan kerana didakwa tidak mengikut SOP.

 

Tak ikut SOP

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat itu pada jam 10.30 malam tadi. Hasil siasatan menyatakan bahawa majlis ini berlangsung jam 8.30 malam pada 15 Disember lalu.

SIARAN MEDIA YDH SUPT. ZAIHAM MOHD KAHAR, KETUA POLIS DAERAH BENTONG.KES TULAR MAJLIS PERKHAWINAN SELEBRITI TERKENAL…

Posted by POLIS Bentong on Monday, December 27, 2021

Katanya lagi, tetamu yang hadir dilihat tidak memakai pelitup muka, tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan menyaksikan suasana kemeriahan itu melanggar SOP berasaskan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa empat.

“Kita menerima laporan pada pukul 10 malam tadi. Polis akan bertindak mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan selebriti tersebut.” 

Tambahnya lagi, kes itu disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan  Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

OIeh itu, Zaiham mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut bagi memudahkan siasatan dijalankan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.