Sony Xperia 1 III Terima Skor DxOMark Sebanyak 115 Mata Untuk Kamera Utama

TechnologyDigital
22 Dec 2021 • 3:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sony Xperia 1 III telah diumumkan sekitar bulan April lalu dan ia boleh didapati di Malaysia pada harga RM5,799 untuk sebuah. Ia juga merupakan sebuah peranti berspesifikasi mercu dengan janaan cip Snapdragon 888. Di samping itu, ia turut memberi penekanan kepada keupayaan pengimejan menerusi sokongan kamera utama dengan tetapan 12MP + 12MP + 12MP + 3D ToF.

image is not available

Terkini, DxoMark dilihat berkongsi laporan untuk keupayaan kamera utama peranti ini. Ia menunjukkan Sony Xperia 1 III mendapat sebanyak 115 mata untuk markah keseluruhan. Kutipan ini sekaligus meletakkannya setanding dengan Oppo Find X3 Neo dan OnePlus 9. Untuk ringkasan ujian, ia mendapat 118 mata untuk keupayaan fotografi, 68 mata untuk keupayaan zum dan 102 mata pula untuk keupayaan video.

Pujian diberikan kepada keupayaan peranti mempunyai dedahan yang baik pada kamera utamanya. Bukan itu sahaja, sistem imbangan putih juga dikatakan konsisten dan pratonton imej pada peranti adalah sama seakan gambar yang terhasil. Pada masa sama, penghasilan semula warna juga memuaskan untuk kebanyakan video, di samping kawalan hingar yang minima padanya – kecuali rakaman dalam pencahayaan rendah.

image is not available

Kritikan pula diberikan kepada julat dinamik yang terhad, sistem autofokus yang tidak stabil dan perincian kurang memuaskan dalam keadaan tertentu. Bukan itu sahaja, gambar ultra-lebar juga mempunyai masalah dedahan yang tidak konsisten dan masalah hingar agak ketara untuk rakaman video yang diambil dalam pencahayaan rendah.

Sumber : DxoMark