“Ini lipsync kan?!” – [VIDEO] Suara Lelaki Ini Sebijik Rossa, Juri X Factor Indonesia Sampai Terdiam!

Entertainment
17 Dec 2021 • 4:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ku menangis~ Membayangkan~

Korang yang kaki karok mesti familiar dengan lagu Rossa ni kan? Boleh kata salah satu lagu wajib lah untuk nyanyi buat lepas geram. Mana taknya, not tinggi lagu ni bukan semua boleh bawa!

Namun, baru-baru ini seorang lelaki dari Indonesia yang dikenali Gan Gan Wigandi telah mendapat perhatian ramai selepas mampu untuk menyanyikan lagu penyanyi wanita terkenal itu sehingga buat juri pun terdiam!

Video yang dikongsikan di TikTok ini telah mendapat lebih dari 9 juta tontonan manakala video di YouTube pula telah mendapat lebih 5 juta tontonan! Ini kerana, Gan Gan menyanyi dengan menggunakan suara yang sama dengan Rossa di program X Factor Indonesia.

“Ini lipsync apa enggak sih? Lipsync kan nih?” – Juri X Factor Indonesia

Kalau korang dengar betul-betul memang susah nak percaya tu suara dia weh! Sama betul lah dengan suara Rossa. Pitch tinggi macam perempuan pun selamba je dia tarik, on point pulak tu!

Rata-rata di bahagian komen mengatakan bahawa mereka juga mengulang video tersebut beberapa kali kerana menginginkan kepastian keaslian suara Gan Gan.

image is not available

Bukan itu sahaja, ramai juga yang memuji kebolehan Gan Gan kerana dia mempunyai teknik menyanyi yang hebat dan juga lenggok yang sama seperti penyanyi asal menambahkan lagi keterujaan penonton program tersebut.

Kini difahamkan, Gan Gan telah berjaya menjadi finalis bagi program tersebut dengan keunikkan suaranya itu. All the best Gan Gan!

Min masih lagi goosebumps walaupun dah banyak kali dengar! Haih, rindu pula nak karok… Siapa nak join? Jom!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.