Ketua Pengarah NADMA Nafi Selisih Faham Dengan ATM, Anggap Ada Pihak Cuba Jadi ‘Batu Api’

22 Dec 2021 • 10:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di laman sosial berkenaan isu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang difahamkan bertindak membantu mangsa banjir di Selangor tanpa sebarang arahan dari pihak atasan kerana dikatakan ‘lambat’ dalam membuat keputusan.

Terpalit dengan isu hangat tersebut, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menganggap ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu banjir dan cuba untuk melagakan antara pihaknya dan ATM.

image is not available

Menurut laporan dari Malaysia Gazette, kenyataan yang dihebahkan dalam laporan media semalam tidak datang dari pihak ATM.

Beliau dikatakan telah berhubung dengan Panglima Tentera Darat (PTD) iaitu Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, yang turut menafikan kenyataan tersebut datang dari tentera.

Beliau (PTD) pun telah bercakap dengan Panglima Angkatan Tentera dan (kenyataan) tidak daripada mereka, justeru sekali lagi saya mengandaikan perkara ini diada-adakan, hubungan kami berdua adalah baik.” – Aminuddin

Aminuddin mengulas isu tersebut dalam satu sidang media berkenaan perkembangan terkini banjir di Pos Kawalan Operasi Bomba di Persiaran Kemuning Prima semalam. Dalam kenyataan sama, beliau turut menegaskan bahawa NADMA tidak sekali pun menghalang sebarang operasi ATM.

image is not available

Saya mengandaikan perkara ini seperti dimomok-momokkan dan NADMA tidak pernah menghalang kerja ATM. Perkara ini telah pun diselesaikan dan hubungan antara kami akan terus mesra dan mekar sehingga lah episod banjir ini selesai kerana banyak lagi perkara kita bincangkan seperti latihan dan sebagainya”

NADMA sebelum ini dikritik kerana dikatakan gagal dalam urusan menguruskan mangsa banjir dan teragak-agak dalam memberikan keputusan awal untuk mengarahkan ATM bertindak.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.