“Terkonfius identiti ni…” – Netizen Cair Tengok Lembu Manja Macam Kucing, Siap Baring Atas Riba!

Entertainment
2 Jan 2022 • 9:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selalunya kalau kita bercakap pasal haiwan manja ni, mesti ramai yang terfikir haiwan peliharaan biasa seperti kucing atau anjing.

Tapi, bagi seorang lelaki ni pula, bukan kucing yang manja habis denggannya tapi seekor lembu. Siap ‘parking’ boek atas riba lagi tau!

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook, seekor lembu bernama Aboi dilihat sangat manja dengan seorang lelaki yang dikatakan adalah tuannya.

image is not available

Member belakang tu pun tak kuasa nak tengok dia menggedik

Malah, dalam video pendek berdurasi 50 saat itu, Aboi dapat dilihat terbaring manja di atas riba tuannya yang sedang duduk di atas jalan.

Tidak cukup dengan itu, Aboi si lembu juga suka dibelai dan diusap di bawah dagunya sepertimana yang biasa dilihat pada seekor kucing.

image is not available

Uish! Nikmat betul kena belai tu… sampai hilang mata.

Walaupun saiznya yang agak besar, Aboi juga nampaknya mesra dengan kucing. Mungkin si Aboi ni ingat meow tu adik-beradik dia yang sama bapak dan ibu kot.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih 16 ribu tontonan. Rata-rata netizen terhibur dan tak kurang juga ada yang ‘cair’ tengok gelagat manja Aboi ni.

“Dia ingat dia kecik lagi kot,” komen netizen.

“Kalau dah manja macam ni, tak sanggup lah nak jual atau makan. Manja betul macam kucing!” tulis netizen lain pula.

Sumber: Kosmo

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.