Pemandu Honda Civic Terbabit Nahas 4 Kenderaan Lain Ditahan

10 Jan 2022 • 12:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kemalangan melibatkan 4 kenderaan berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Gombak menghala Jalan Genting Klang, malam tadi. - Gambar dari Twitter @AsalGombak

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pemandu kereta Honda Civic yang menyebabkan kemalangan dengan empat kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Jalan Gombak menghala Jalan Genting Klang, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku pada 8.20 malam tadi membabitkan Honda Civic, Proton Saga, Perodua Myvi dan dua Perodua Bezza.

"Siasatan awal mendapati lelaki berusia 45 tahun itu memandu di lorong paling kanan sebelum keretanya hilang kawalan, lalu merempuh empat kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat sebelum terbalik.

"Bagaimanapun, semua pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan tidak cedera," katanya hari ini.

Menurut beliau, keputusan ujian saringan air kencing terhadap pemandu Honda Civic itu didapati negatif daripada sebarang unsur bahan terlarang.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga membahayakan pengguna lain.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai polis berhampiran. - Getaran, 10 Januari 2021.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved