3 saluran HBO antara 14 saluran Astro buka untuk ditonton percuma dalam waktu terhad

EntertainmentDigital
24 Jan 2022 • 11:35 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Astro mengumumkan yang mereka membuka beberapa saluran mereka untuk ditonton secara percuma dalam tempoh terhad. Semua pelanggan Astro boleh menonton siaran-siaran terlibat antara 29 Januari hingga 6 Februari.

image is not available

Saluran-saluran yang boleh dilayani sepanjang tempoh tersebut adalah:

  1. HBO HD (CH411)
  2. HBO Family (CH414)
  3. HBO Hits (CH415)
  4. Hits Movie (CH401)
  5. Cinemax HD (CH412)
  6. Showcase Movies (CH413)
  7. tvN Movies HD (CH416)
  8. Citra HD (CH108)
  9. Thangathirai (CH241)
  10. BollyOne HD (CH251)
  11. Celestial Movies HD (CH309)
  12. Oh!K HD (394)
  13. tvN HD (CH395)
  14. BOO HD (CH404)

Ia bersempena dengan kejayaan mereka meraih beberapa anugerah di Putra Brand Awards 2021.

Sekiranya anda ingin melanggan saluran-saluran yang disebutkan tadi, ia berada dalam Premium Pack 3: Entertainment with Movie yang berharga RM154.59/bulan dengan rebat berkontrak 24 bulan. Kalau anda nak pelan paling murah, pelan Primary boleh didapatkan pada harga RM59.99/bulan dengan rebat berkontrak selama 24 bulan.

Lagi promo menarik daripada Astro yang sedang berjalan adalah Pakej Jimat 109. Di bawah promo ini, anda dapat menonton Astro beserta langganan jalur lebar Maxis 30Mbps/Allo 50Mbps (bergantung kepada keberadaan), pada harga RM109.99/bulan dengasn rebat berkontrak selama 24 bulan.

Bacaan berkaitan