
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri sentiasa memantau individu yang tidak diberi kebenaran untuk mengajar agama Islam atau menyalahgunakan platform untuk kepentingan politik, kata Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.
Walaupun tiada laporan diterima setakat ini, beliau berkata Pejabat Mufti Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) mempunyai bidang kuasa untuk memantau aktiviti tersebut.

