Polis Kenal Pasti Individu Terbabit Gaduh

11 Jan 2022 • 2:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar kejadian dari video media sosial.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengenal pasti identiti sekumpulan individu terbabit dalam pergaduhan yang dipercayai berlaku berhampiran Stesen Monorel Bukit Bintang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata semalam, pihaknya mengesan satu video klip berdurasi 22 saat yang tular di media sosial berhubung kejadian pergaduhan terbabit.

“Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi sedang menjalankan pengesanan ke atas kumpulan individu yang terlibat sebaik sahaja video berkenaan tular.

“Polis memohon mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan,” katanya hari ini.

Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222, hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, atau balai polis berhampiran. – Getaran, 11 Januari 20

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved