Pembakar kabel dipenjara 10 bulan

28 Jan 2022 • 12:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki dipenjara 10 bulan kerana melakukan khianat dengan membakar kabel elektrik.

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu kepada Alvin Abu Bakar yang mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya pada Khamis.

Alvin melakukan kesalahan itu pada pukul 2.30 petang 24 November 2021 di CH 34.200 berhampiran tapak lama SK Pekan Telipok, dekat sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 431A/34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah supaya Alvin menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapnya dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara tersebut.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 2 Februari untuk sebutan bagi subahat Alvin iaitu Azmin Isah, yang meminta dibicarakan.

Semasa rayuan, Alvin yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan dan hukuman penjara berjalan dari tarikh tangkapnya.

Bagaimanapun, Inspektor Kelvan Elson Maik menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada Alvin.

Mahkamah diberitahu bahawa apabila pengadu kes tiba di tapak itu, dia melihat asap dari semak di kawasan tapak.

Apabila memeriksa punca asap itu, pengadu melihat Alvin dan subahatnya sedang membakar kabel elektrik.

Pengadu, yang juga kontraktor untuk memasang kabel elektrik di kawasan tersebut, kemudian menahan Alvin dan subahatnya kerana melakukan khianat sebelum menyerahkan mereka kepada polis.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.