Buat ‘Gathering’ Di Lorong Kecemasan Jalan Pintas Temiang, Netizen Tegur Geng Konvoi Honda Civic

Cars
23 Jan 2022 • 9:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial TikTok yang dimuat naik seorang pengguna aplikasi tersebut yang dikenali sebagai @shahirr2 berkongsi gelagat geng konvoi kereta Honda Civic FC yang meletakkan kenderaan masing-masing di laluan kecemasan sambil melepak bersama dengan ahli-ahli konvoi yang lain.

Difahamkan, aktiviti ‘gathering’ sesama pemilik kereta Honda Civic FC itu telah diadakan di jalan pintas Temiang ke Pantai, Jalan Jelebu yang baru sahaja dibuka kepada orang awam tahun lalu.

Meskipun laluan tersebut agak lengang namun ia akan mulai sibuk terutamanya pada petang hujung minggu.

Berdasarkan video tersebut, banyak deretan kereta telah berhenti di bahu jalan sehingga menyukarkan perjalanan pengguna jalan raya yang lain.

Malah, ada juga pengguna lain yang terpaksa mengelak pemilik kereta konvoi berkenaan yang sedang berdiri dan bersembang di sisi jalan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berpendapat bahawa jalan tersebut tidak sesuai untuk dijadikan kawasan berkumpul kerana laluannya yang sempit meskipun tidak dinafikan kawasan sekitar mempunyai pemandangan yang cantik.

 

image is not available

Sumber : TikTok 

 

Namun ada juga yang beranggapan bahawa perbuatan pemilik Honda Civic FC itu tidak menyalahi undang-undang kerana mereka berhenti di tepi jalan dengan tertib dan bukannya berkumpul di tengah jalan sehingga mengganggu trafik.

Apa pendapat anda? Patut atau tidak patut?

image is not available 24 jam lalu

Beli Kain Baju Kahwin 'Online', Pasangan Hanya Keluar Kos RM2000 Untuk Majlis Supaya Tak Berhutang