“Tiada Keperluan Hentikan Pembalakan Di Negeri Ini” – Timbalan Menteri Besar Kelantan

7 Jan 2022 • 10:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kerajaan Kelantan menerusi Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah tampil membuat kenyataan bahawa tiada keperluan untuk mereka menghentikan pembalakan di negeri itu berikutan aktiviti tersebut dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang termaktub dalam Akta Perhutanan Negara 1984.

Ujarnya, pembalakan di Kelantan bukanlah penyebab utama kejadian banjir malah ia menyumbang kepada hasil pendapatan negara dan turut dipantau oleh pihak berwajib.

image is not available

Sumber : Gambar Hiasan  

Maklum Amar lagi, terdapat kuota penebangan balak yang ditetapkan dan aktiviti tersebut tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya seperti contoh had kawasan untuk menebang balak telah ditetapkan seluas 3,000 hektar dan sebarang aktiviti pembalakan tidak akan melebihi kawasan itu.

Jika melebihi keluasan yang ditetapkan, ia boleh dikenakan tindakan oleh Majlis Perhutanan Negara. Kegiatan ini bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan undang-undang mengenai pembalakan telah dikuatkuasakan pihak yang berautoriti.

Tambah Amar, kawasan yang telah diluluskan untuk aktiviti pembalakan tidak akan terus diteroka dan memerlukan teknik penebangan tertentu sekaligus tidak akan menjejaskan pokok, ekosistem flora dan fauna di sekelilingnya.

“Tidak dinafikan ada kes pembalakan haram di kawasan setempat. Perkara itu yang menjadi masalah, namun bukan di Kelantan sahaja, malah ia turut dihadapi di seluruh negara.” katanya lagi seperti dipetik Kosmo Online.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) Baca Ayat Jampi 'Halau' Banjir, Netizen Mohon Raja Bomoh Jangan Tambah Murka Allah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved